Saturday, 19 July 2014

Gunung Jerai dulu baru Broga..--'


Assalamualaikum..salah sejahtera..salam Satu Malaysia..salam kosong2

Broga
Bila kita sebut perkataan broga semua dah tahu..itulah satu2 nya bukit yang femes sekarang nh..da jadi mainstream kepada semua rakyat Malaysia. Oleh itu saya dan rakan2 tidak melepaskan peluang untuk melakukan ekspedisi ini, tetapi saya terbalik daripada orang lain kerana mendaki gunung jerai (entry yang lepas) dulu baru mendaki bukit Broga. Sepatutnya dari kecil ke besar baru tak terkejut anggota badan kita..apa2 pun inilah antara gambar yang diambil:


Bagi pendaki2 confirm Broga ni macam naik bendul je..agaknyalah..kerana hanya mempunyai ketinggian 400m untuk puncak Bukit Broga
ig:msmp93

 Broga Hill dengan kata nama lain sebenarnya sudah dua kali mendaki bukit ini gambar yang ramai2 tuh untuk kali yang ke 2..yang gambar nak makan strepsil(matahari) tuh gambar 1st ekspedisi dengan hanya dua orang saja..terdapat 3-4 checkpoint atau tempat org berhenti tanah rata..sila bawa torchlight bila mendaki akibat kondisi bukit yang berlubang/lurah/gaung/longkang.Bawak la baju sejuk/sweater kalau tak tahan sejuk tapi kalu da daki tuh memang peluh la jawab dia. Air dan makan pun digalakkan bagi alas perut dekat puncak.

kalau nak tengok video macam mana angin dekat atas boleh la follow instagram: msmp93
angin dia memang kuat dan sejuk (depend denga cuaca).

Purpose orang yang mendaki bukit broga:

-sebab ramai yang da daki(jlz/menunjuk/teringin/etc).
-untuk melihat sunrise dan pemandangan.
-hobby adventure
-kaki jalan

Suggestion masa:

-kalau nak melihat sunrise dalam pkul 4.30-6am da kena daki kiranya solat subuh dekat atas..and memang penuh orang da dekat puncak..parking pun susah kalau lambat..(torchlight sgt penting sbb byk lubang/longkang/gaung/ salah pijak ke kubur la gamaknya..
-awal pagi lagi bagus sebab sejuk skit.
-bahaya mendaki bila hujan sangat tidak digalakkan dengan kondisi track ataupun bukit itu sendiri gondol dan berpasir licin.

Tempoh dakian:

dalam 2 jam macam tuh depend pada orang yang daki tuh tengok pada stamina la kot..

Precaution:

-kasut tuh se eloknya biarlah masih ad bunga sebab kasut yang ada bunga pun licin. Tanah da terhakis banyak pasir smpai kalau parking kereta tuh berdebu bila turun..memang rumput pun jarang..
-dekat puncak dah sah2 tak ada tandas nama pun bukit siapalah rajin nak bawak batu simen naik atas jalan kaki..
-kereta pun janganlah bawak yang abih lowered memang sagad la kete tuh..
-kalau nak bawak mask cover idung or google amat digalakkan sebab berdebu kawasn dia, kalau da angin datang makan pasir la jawabnya.
-bagi yang lelah teruk memang kena bawak ubat la as precautions.lagi2 kalau badan tuh berisi siapa nk larat angkat bawak turun tuh sebab nya dekat puncak gunung Everest dorang tinggal je mayat dekat atas tuh. (sje buat teruk cete gunung Everest padahal panjat bukit je pun)

Bayaran parking:

Rm2 per entry



 ig:msmp93

Lepas ke broga ape lagi sejukkan badanlah dekat Sungai Tekala. Sungai ni betul2 dekat dengan Bukit Broga. Masuk sungai pun kene bayor rm2/rm1 da x ingt plak harganya untuk preserve sungai katanya.
Tapi berbaloi la sungai dia sumpah sejuk gila air dia walaupun da tengahari and enjoy la relek kan badan lepas penat mendaki dengan urutan2 air sungai.

Terdapat jualan makanan ringan sebelum masuk so boleh la alas perut sebelum pergi lunch..Kalau makan banyak ada sesetengah orang muntah kalau mandi sungai so depend la dekat korang.

Sampai sini saja coretan saya, jumpa lagi di entry seterusnya. Mohon maaf sekiranya ada salah silap.
wslm.


THE JOURNEY CONTINUE..